PESANAN BUAT DIRI JUA BUAT SAHABAT SEKALIAN...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM IMTIHAN BUAT SAHABAT2 DIKASIHI ALLAH..
BITTAUFIQ WANNAJAh!
Allahummaj a'lna minannaajihin, mumtazan baahiran i.allah fi kulli imtihanina.. amin Ya RABB..
Di kesempatan ini,sebelum berakhirnya sebuah penantian,inginku melebarkan coretan penaku.Selamat berjuang sahabatku sekalian.Selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2 ,semoga mendapat kejayaan yang dicita-citakan.
Teruskan berusaha sahabat-sahabat. insyaAllah…kita akan dapat apa yang dicita-citakan..sesungguhnya Allah akan beri makanan kepada burung tapi tidak mncampakkan ke sarangnya.. jadi sama-sama kita usaha SEHABIS TERBAIK,SEHABIS DAYA selagi masa masih berbaki....BUKAN SEKADAR PERLU..Yakinlah akan pertolongan dr Allah.
Dan you have to bear in mind that Allah tidak pernah melihat hasil kejayaan yang kamu perolehi tetapi melihat usaha yang telah kamu lakukan.Ikhlaskan niat semasa menduduki peperiksaan juga yakin bahawa terdapat pertolongan Allah di setiap denyutan nadi kalian.InsyaAllah,keberkatanNya akan kau perolehi.
MGA KALAM2 yg tertulis pada lembaran kertas2 jawapan exam nnti dipandu ilham dr ILLAHi..slamt berusaha!!!! !!!!!!!
Jika kau tak dapat menjadi meranti di puncak bukit,
Jadilah aur di lembah,
Tapi jadilah aur yang teragung di sisi bukit.
Jika kau tak dapat menjadi rimbun,
Jadilah rumput nan menghijau,
Dan hiasilah jalan di mana-mana.
Jika kau tak dapat menjadi haruan,
Jadilah sepat,
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya.
Jika kau tak dapat menjadi jagung,
Jadilah keledek,
Tapi jadilah keledek yang paling manis isinya.
Jika kau tak dapat menjadi bulan,
Jadilah bintang,
Tapi jadilah bintang yang paling bercahaya sinarnya.
Bukan mengikut besar atau kecil,
Bukan juga mengikut kaya atau miskin
Kau kalah atau menang.
‘Ala kulli hal..
Jadilah dirimu yang terbaik!
“Sesungguhnya semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Surah al-Hujurat: 13)
Wallahu a’la wa a’lam.
No comments:
Post a Comment