
Pada 10 Februari 2009,seramai 24 orang pelajar Industrial Chemical Technology melawat ke NIOSH,National Institute Of Safety and Technology yang berada di bandar Bangi.
Lebih kurang pada pukul 3.00 petang,kami tiba di perkarangan NIOSH dan diberikan sedikit taklimat tentang fungsi Niosh serta Dosh.

Kami diberi banyak informasi tentang peranan dan tangungjawab kami sebagai pelajar yang sering terdedah dengan bahaya di makmal terutamanya apabila 'deal' dengan bahan kimia.

Kami juga diberi pendedahan tentang kesan bahan kimia kepada tubuh badan manusia.Pelbagai penyakit yang yang sering dihidapi oleh pekerja di sektor perindustrian.Kami diberi taklimat yang serba lengkap oleh Puan siti Badariah lebih kurang selama sejam tiga puluh minit.
setelah itu kami dibawa melawat ke sebuah makmal Hygiene serta diberi keterangan tentang keselamatan sewaktu berada di makmal.

setelah 3 jam berada di sana,kami pulang ke kolej kediaman masing-masing lebih kurang pada pukul 5.30 petang.

p/s:di sini akan ditambahkan website Dosh dan NIOsh serta beberapa video berkaitan dengan kesan penggunaan bahan kimia kepada manusia.


No comments:
Post a Comment