Thursday, July 30, 2009

Tajuk Untuk Assignment Sejarah dan Falsafah Sains

Group Qayum

1)Lessons from the Jouney of Ibn Batutta

Group Syahir

2)Quran and Scientific Knowledge

p/s:Best tajuk Qayum,tersilap pilih untuk Qayum lak...adoii :P

Monday, July 27, 2009

Makan beramai-ramai bulan Syaaban

Satu makan malam akan diadakan.Dijemput kepada semua pelajar untuk hadir ke makan malam tersebut seperti berikut:



venue:Restoran Bonda (Akasia Park)

time:jam 8.30 malam telah berada di sana

tarikh:28 Julai 2009(Selasa)

Sila bawa duit sebanyak rm3-rm4 (tanya Bendahari)


semua diminta hadir tepat pada waktunya.harap maklum.


Saturday, July 25, 2009

Jangan Putus Asa


“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.



Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.



“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.


Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?”
“AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.”
“Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.
Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.


Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.



Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?


Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.
Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?”



“Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.”
Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.

Thursday, July 23, 2009

Group untuk Sesi Tazkirah Semester 3

KUMPULAN 1

-SYAHIR

-FATIN DIANA

-AISYAH

-HASHIMAH

TAJUK : AQIDAH

KUMPULAN 2

-QAYUM

-FARAHIYAH

-ATHIRAH

-ERMA

TAJUK : AKHLAK

KUMPULAN 3

-IMRAN

-SEHA

-DZILAL

-ZERA

-SUHAIRINA

TAJUK : FIQH IBADAT

KUMPULAN 4

-KUMEY

-IRA

-FARAH

-NURUL JANNAH

-AIN

TAJUK : SIRAH

KUMPULAN 5

-FAIZAL

-IZAH

-NURIN

-JANNAH

TAJUK : ISLAM DAN SAINS

KUMPULAN 6

-QADRI

-NAZRATUL AIN

-MUNA

-FATIN SYAFIKAH

TAJUK : TOKOH

Sunday, July 19, 2009

Israk Mikraj


" Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda - tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "
--- Israk, ayat 1 ---


Sahabat yang dikasihi sekalian,

Ini lah antara ayat Allah s.w.t yang membuktikan berlakunya peristiwa yang terjadi
kepada Nabi Muhammad, iaitu Israk & Mikraj. Israk bermaksud perjalanan di waktu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis (Palestin).

Manakala, definisi bagi Mikraj ialah perjalanan naik dari Masjidil Aqsa naik ke langit ke-7 hingga sampai di Sidratul Muntaha dan terus naik menerima jemputan Allah s.w.t kepada kekasih-Nya untuk menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam. Peristiwa seperti ini bukanlah atas sebab saja2 Allah s.w.t mengangkat Nabi Muhammad ke langit, tetapi rakan sekalian, ia disebabkan, antaranya :


(1) Tahun itu merupakan Tahun Dukacita Bagi Nabi Muhammad saw, dimana isteri dan bapa saudaranya meninggal dunia.



Sahabat yang disanjungi sekalian,

Secara ringkasnya, terdapat beberapa peristiwa yang berlaku sewaktu perjalanan Nabi
Muhammad saw dari bumi hingga ke langit.

Tetapi peristiwa dibelah memang antara yang unik.


Setelah dibelah, diambil hatinya lalu dibasuh dengan air zam-zam. Hatinya kemudian dimasukkan/disemai dengan Iman, Islam, Hikmah, Ilmu, Berani dan Sabar.


Bayangkanlah rakan sekalian, Nabi yang hendak berjumpa dengan Allah one-by-one, perlu mempunyai hati sedemikian tadi itu. Tapi kita, orang2 biasa, nak jumpa Tuhan melalui solat pun, entah tentu ke tidak. Soal ikhlas perlu dijawab dahulu.
Baiklah para rakan, kita teruskan...,

Perjalanan Nabi Muhammad ketika diisrak mikrajkan, kita pun sudah sedia maklum bahawa ia terjadi pada satu malam & dikatakn hanya berlaku dalam tempoh 4 jam sahaja.
Tentu sahaja perjalanan itu memerlukan sebuah kenderaan yg canggih dan berteknologi tinggi, Namun, ini lah antara kekuasaan yang hendak ditunjukkan Allah swt.


Menggunakan sejenis makluk yg bernama `Buraq' di sepanjang perjalanan nabi. Buraq ini wahai rakan sekalian, adalah binatang unik dari Syurga. Kelajuannya dikatakan sejauh mata memandang.


Dan ketika Nabi Muhammad saw hendak naik ke langit, tiba2 baginda ternampak ada bebola api sedang menuju ke arah mereka. Lantas baginda bertanya kepada Jibril,



"Wahai Jibril, apa benda yg berapi2 itu ? "

(Bayangkan lah rakan sekalian, kita contohnya sedang berjalan/menaiki motorsikal pada waktu mlm. Tiba2, toleh je belakang, heh... , bola api meluru kpd kita! Tak tahu lah nk buat apa, tapi majoritinya mesti bertindak balas yg sama, iaitu lari .. hehehe)


Jibril pun menjawab, "Itulah dia Jin Ifrit yg membawa obor api utk menghalang perjalanan kita." Akhirnya, Jin Ifrit yg ingin menghalang itu, terbakar terkena obor api yg dibawa sendiri itu.

( Hehe.., ini bole dikatakn, seorg pemain bola yg khusyuk m`buat skilnya, tpi akhirnya terjauh kerana t`pijak bola..duh)

Seterusnya...,

Dipendekkan ceritanya, baginda pun melalui 7 lapisan langit yg menemukan baginda dgn
8 roh nabi yg tertentu.

Dan akhir sekali, baginda tiba di Sidratul Muntaha yg merupakan destinasi terakhir yg turut menemukan Nabi Muhammad saw dan Allah swt. Disini pun kita sedia maklum, Allah telah pun memerintahkan Nabi dgn solat 50 waktu.

Sewaku baginda ingin turun ke lagit ke-6, baginda ditegur oleh Nabi Musa as, agar meminta kpd Allah swt semula, mengurangkan waktu solat. Setelah lama berulang alik, akhirnya termaktublah, bahawa Umat Nabi Muhammad diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam.
Sebenarnya para rakan sekalian, peristiwa sebegini bukanlah hanya sekadar utk kita
perdengarinya sahaja.

Tetapi, ia sudah tentu sebagai peringatan, renungan dan juga ujian utk kita sebagai muslim sejati. Peristiwa2 yg dihadapi Baginda Rasulullah saw, tidak lain tidak bukan disertai dgn iktibar dan pengajaran.

Antaranya :


Nabi terlihat orang yg tidak mampu memikul kayu, tetapi kayu yg dipikulnya terus ditambah. Inilah balasan bagi mereka yg tidak amanah dn tamak kuasa.
Nabi melihat manusia terus-menerus memecah kepalanya dgn batu. Apa sbbbnya?! inilah balasan bagi mereka yg malas utk solat.


Dn Nabi juga melihat manusia menggunting lidah menggunakan gunting api neraka dn bercantum semula. Inilah akibatnya, utk mereka yg berdusta, ckp besar, keji lagi kasar!

Namun

Perkara yg hendak ditekankan disini ialah tentang SOLAT. Solatlah perkara yg mula2
sekali akan ditanya di akhirat. Dn kerana itu, Rasulullah sendiri berjumpa one-by-one dgn Allah, menandakan betapa besarnya kelebihan, kemuliaan dan tanggungjawab supaya kita menjaganya, sebagai muslim sejati!!

----Sekian, terima kasih ---- (maaflah, susah plak nk cantikkn posting ni sudilah m`mbacanya ye .

Sunday, July 12, 2009

Mentor ICHEMTECH

Puan Juliana

-Nor Faseha
-Abdul Qayum
-Nur Zahirah Noordin
-Nor Jannah Sebri
-Wan Nor Farahiyah

Dr Che Wan

-Nor Hashima
-NoR izzah
-Nur Ain

Dr Nik Norma

-Erma Fatiha
-Fatin Syafikah
-Nurul Jannah
-Qadri

Dr Hafez

-Farah
-Imran
-Athirah
-Muna

Dr Salina

-Nur Zahirah Jamil
-Tengku Abdul Rahman
-Nazratul Ain
-Nurinniswah

Dr Siti Salhah

-Dzilal
-Suhairina
-Syahir
-Aisyhah

p/s:Kepada sesiapa yang namanya tiada dalam senarai,sila beritahu nama mentor anda di chat box .:p

Thursday, July 2, 2009

Daftar Kursus Semester 3

Boleh melayari laman web USIM untuk mendaftar dan mendapatkan jadual kuliah dan juga tutorial.

Subjek-subjek pada semester tiga


Kod Keterangan Kredit Kumpulan








AAA1043PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DA'WAH3KSA
SAA1012SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS2KSA
SAA3032ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS2KSA
STK2001AMALI KIMIA ANALISIS1KB
STK2003KIMIA ANALISIS3KSF
STK2021AMALI KIMIA ORGANIK1KB
STK2023KIMIA ORGANIK3KSF
UTA2072PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH2KSA
UTA2082PENGAJIAN HALAQAH2KB


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -