Saturday, June 27, 2009

Tuesday, June 16, 2009

Kicap,air dan Hati



Petikan ini saya petik dari sebuah laman web

Salam perjuangan buat saudara saudari sekalian. Apa khabar diri kalian? Apa khabar iman kalian?


Semoga sentiasa dalam jagaan kedua-duanya. Kalian sudah makan? Minum? Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah atas segala rezeki yang dikurniakanNya kepada kita. Kali ini, mari sama-sama kita jalankan satu eksperimen sambil mendekatkan diri kepada Allah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah gelas kaca, air masak, kicap, dan sehelai wang kertas.

Langkah 1: Tuangkan air masak ke dalam gelas kaca sehingga lebih daripada separuh.

Langkah 2: Ambil wang kertas dan lihat siri nombornya menerusi gelas berisi air tadi. Caranya ialah dengan meletakkan wang kertas di bahagian belakang gelas, dan lihat menerusi gelas berisi air dari bahagian hadapan.

Langkah 3: Sekiranya anda dapat melihat siri nombor wang kertas tersebut, catatkannya dan semak semula.

Langkah 4:
Fikirkan beberapa perbuatan dosa tidak kira dosa kecil atau pun dosa besar yang kerap atau pernah anda lakukan.

Langkah 5: Sebutkan perbuatan dosa tersebut sambil titiskan kicap ke dalam gelas berisi air tadi. Untuk setiap dosa kecil, titiskan kicap sekali sahaja, manakala untuk setiap dosa besar, titiskan sebanyak tiga kali. Untuk dosa kecil yang anda lakukan berulang kali, titiskan kicap sebanyak tiga kali sahaja.

Langkah 6: Ulang langkah 2 dan 3 dengan menggunakan air yang telah dititiskan kicap tadi.


Bagi memastikan saudara saudari menjalankan eksperimen ini di rumah, keputusan eksperimen tidak akan disertakan di sini, tetapi saudara saudari sekalian perlu menyatakan keputusan eksperimen yang saudara saudari
buat di bahagian komen untuk dikongsi bersama.


Selain keputusan, saudara saudari juga boleh nyatakan jenis-jenis dosa yang biasa kita buat serta nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada eksperimen tersebut.
Selamat mencuba! Lets do it!

Wednesday, June 10, 2009

Ilmuwan S@ins IsLam

Di dalam Islam, ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan tinggi dan istimewa di sisi Allah terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan besar Rasulullah memerintahkan baginda untuk mempelajari ilmu dan menitikberatkan kepentingan pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan manusia.
Islam menganggap hanya manusia yang dihiasi dengan ilmu pengetahuan saja golongan yang benar-benar bertakwa kepada Allah.
Jelas di sini bahawa ilmu pengetahuan dalam Islam mengandungi satu kefahaman ilmu yang menyeluruh dan bersepadu yang menyaksikan ilmu dan nilai tidak dapat dipisahkan sama sekali. Termasuk dalam konteks ini, ilmu sains dan teknologi adalah antara cabang ilmu pengetahuan yang memberi manfaat dan faedah besar kepada kelangsungan tamadun manusia.
Istilah sains itu sebenarnya berasal daripada perkataan Latin, scientia dan daripada bahasa Arab yang membawa pengertian sama iaitu ilmu pengetahuan. Pada asalnya, ilmu sains ini merangkumi semua cabang ilmu dihasilkan oleh pemikiran manusia cerdik pandai seperti falsafah, matematik, astronomi, geografi, geologi, fizik, kimia, perubatan dan sebagainya. Semua cabang ilmu itu di satu dan disepadukan di bawah bidang ilmu sains. Kemudian, apabila cabang ilmu itu semakin berkembang dan luas perbahasannya, cabang ilmu itu mula memisahkan diri daripada ilmu sains dan mula membentuk identiti ilmunya yang tersendiri.
Maka, lahirlah ilmu geografi, ilmu perubatan, ilmu fizik, kimia dan lain-lain.
Al-Quran teras sains Islam, bahkan al-Quran menganjurkan umat manusia sama ada beriman atau tidak, supaya menyelidiki alam sebagai tanda membuktikan kewujudan dan kebesaran Allah.
Di dalam al-Quran ada lebih 750 ayat menggesa umatnya supaya belajar, merenung dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya mencari kebenaran hakiki.
Kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dulu melahirkan beberapa personaliti atau tokoh ulama berjasa dan memberi sumbangan bermakna dalam perkembangan sains kepada umat manusia sejagat. Yang lebih menariknya, sumbangan tokoh ulama Muslim mendapat tempat dan penghargaan tinggi di kalangan sarjana dan orientalis Barat sehingga karya mereka menjadi teks rujukan utama di Universiti Eropah dan juga diterjemahkan secara besar-besaran oleh sarjana dan orientalis Barat. Ini bermakna ulama sains Muslim terlebih dahulu mempelopori dan menerajui bidang sains dan teknologi pada suatu ketika dahulu.
Akhirnya, ilmu itu berpindah tangan ke Barat dan mereka pula yang mengungguli persada dunia dan umat Islam pula yang ketinggalan dalam bidang itu. Di antara tokoh ulama terbilang ialah Ibnu Rusta lebih terkenal sebagai ahli astronomi dengan bukunya yang banyak membahaskan secara sistematik geografi matematik dan astronomi di samping mengemukakan teori ahli astronomi Arab, Yunani dan India.
Di samping itu, muncul seorang ulama bernama Abu al-Raihan Muhammad bin Ahmad terkenal dengan jolokan al-Biruni. Di kalangan orientalis, beliau dianggap tokoh ilmuwan terbesar dan seorang experienmentalis ilmu yang tekun pada abad pertengahan Islam.
Beliau menguasai dengan baik bidang matematik, kedoktoran , farmasi , asronomi dan fizik. Al Biruni juga dikategorikan sebagai ahli sejarah, geografi, kronologi, bahasa serta seorang pengkaji mengenai adat istiadat dan sistem kepercayaan. Beliau juga seorang ulama Islam.
Ibnu Sina yang meninggal pada tahun 428 H dinobatkan sebagai Fathers of Doctors. Beliau juga mengarang lebih 276 buah buku yang meliputi pelbagai bidang ilmu seperti falsafah, geometri, kedoktoran, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera, kosmologi dan sebagainya.
Seorang lagi tokoh ulama terkenal dalam bidang perubatan ialah Abu al Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Rushd yang terkenal di Barat dengan gelaran Averroce. Beliau seorang ulama, ahli falsafah ulung dan pakar dalam bidang fizik, kedoktoran, biologi dan astronomi. Beliau banyak membuat kajian astronomi dan pernah berkhidmat sebagai doktor dan kadi besar di Cordoba.
Ibnu Rushd dikenali sebagai seorang perintis ilmu kedoktoran umum serta perintis mengenai ilmu jaringan tubuh (Histologi). Beliau juga berjasa dalam bidang penelitian pembuluh darah serta penyakit cacar. Karya beliau yang berjodol Al Kulliyyah fi al-Tibb sebanyak 16 jilid, karya terbesar dan rujukan utama dalam bidang perubatan. Kemudian buku diterjemah dalam bahasa Inggeris dengan tajuk General Rules of Medicine.
Di dalam bidang kimia, muncul seorang tokoh ulama iaitu Jabir ibnu Hayyan al Kufi (Geber) terkenal sebagai bapa kepada al-kemi Arab. Beberapa karya terbesarnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Perancis. Antaranya, Jumlah yang Tersempurna (terjemahan), Kitab Dacing, Kitab Raksa Timur dan Kitab Kerajaan. Dia banyak memperkenalkan kegunaan praktik kimia seperti menyediakan keluli, mencelup kain dan kulit dan sebagainya.
Tokoh kimia iaitu Muhammad Abu Bakar al-Razi lebih terkenal sebagai ahli perubatan kimia dan ada yang menganggap beliau sebagai pengasas kimia moden. Beliau mereka radas dan mencatatkan dengan terperinci lebih 20 alat besi dan kaca. Beliau juga pakar dalam praktik perubatannya berpendapat penyembuhan penyakit adalah tindak balas kimia dalam tubuh badan seseorang.
Di dalam bidang fizik pula, al-Haitham lebih dikenali di dunia Barat sebagai Alhazen adalah tokoh optik paling unggul dalam lipatan sejarah tamadun Islam.

Saturday, June 6, 2009

Program Latihan Industri Dan Pembangunan Insan












Ukhuwah itu sangat indah.


Pada 29 hingga 31 Mei 2009,berangkatlah pelajar-pelajar first batch Teknologi Kimia Industri ke Program Lawatan Industri Dan Pembangunan Insan.


Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu sebenarnya telah dirancang lebih kurang 2 hingga 3 bulan lebih lagi.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak atasan Fakulti Sains Dan Teknologi yang telah memberikan sumbangan yang begitu besar kepada program kami pada kali ini.


Program yang bertempat di BSAF Petronas serta Agro Semuji Resort itu diiringi oleh 3 orang guru pengiring iaitu Dr Siti Salhah,Dr Hafez,dan En Asri.



Kami bertolak dari kolej kediaman masing-masing lebih kurang jam 8 pagi dan menuju ke bandar Kuantan dan tiba di Kuantan lebih kurang pukul 1.30 petang.


Jumaat


1.30 petang-tiba di Kuantan.Sahabat lelaki solat Jumaat serta sahabat perempuan solat Zohor.


3.00-tiba di BSAF PETRONAS.Kami diberi pelbagai penerangan sesampainya di situ.Diberi pelbagai maklumat tentang acrylic acids.Diberi masuk ke sebuah bilik control dan juga sebuah bilik model yang menjadi asas pembinaan BSAF PETRONAS .Bangunan itu sebenarnya menelan belanja rm4 billion.

7.00 malam-tiba di Agro Semuji Resort Gambang.Bergerak ke tempat kediaman sementara yang merupakan dua buah dorm untuk pelajar lelaki dan perempuan.


7.30 malam-makan malam pertama


9.30 malam-aktiviti pertama iaitu ldk Qayum,tayangan,serta malam suprise birthday kepada sahabat-sahabat yang lahir pada bulan 5.

Selamat Hari jadi Buat Farah,Qayum,Aisyah,dan juga Kumey.Moga segala impian kalian tercapai dan mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat


Sabtu



7.00 pagi-dimulakan dengan senaman ringkas.Sahabat dibawa berjogging ke seluruh resort.Diketuai oleh Saudara Faizal.Moga Ukhuwah ini berkekalan.


8.45 pagi-aktiviti diteruskan dengan EXPLORACE.

Sahabat dibahagikan mengikut warna kumpulan.merah,ungu,kuning dan hijau.

12 tengah hari-Kami bertolak ke Panching.Tempat yang amat cantik dan menarik.


2 petang-pulang ke resort semula.


5 petang-setelah makan petang,kami terus ke tasik untuk aktiviti seterusnya iaitu Kayak Industri.Aktiviti diuruskan oleh Pok Jak.

9 malam-makan malam perdana.Majlis bermula dengan ucapan oleh pengarah program iaitu Saudara Imran.


Setelah itu majlis diteruskan dengan ucapan oleh Dr Siti.En Asri juga menghadiahkan sebiji kek kepada semua pelajar sempena first batch Teknologi Kimia Industri.


setelah itu majlis itu diteruskan dengan acara pembahagian hadiah kepada sahabat-sahabat.Sebelum berangkat pulang,acara diteruskan dengan acara tukar-tukar hadiah.


Selepas itu,malam itu ditutup dengan ldk faizal..”teka hobi” dan ”buaya dan biawak”


Ahad


7.30 pagi-dimulakan dengans sarapan pagi


8 pagi-jungle trekking dimulakan dengan jogging santai sebelum memulakan jungle trekking.


12 tengah hari-tamat jungle trekking

1 petang-sahabat makan tengah hari sebelum berangkat pulang.Sahabat-sahabat mengemas pakaian dan bersedia untuk pulang.


2 petang-bas meninggalkan Agro Semuji Resort


6 petang-Tiba di kolej kediaman masing-masing



Sesungguhnya ukhuwah yang terbina ini ibarat rumput.Selagi mana wujudnya rumput di atas muka bumi ini maka selagi itulah kasih sayang kita tersusun kukuh di atas jalanNya.


p/s::::::semua gambar dan video akan dikumpulkan dan dimuatkan dalam CD.harap maklum

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -