Thursday, May 28, 2009

Selamat Bertolak Ke Gebeng

Esok,pada 29 Mei 2009,kita akan bertolak ke Pahang selama 3 hari 2 malam.Untuk program lawatan industri beserta program pembangunan insan di Semuji,Pahang.

Jalankan tugas masing-masing dan hadapilah hari esok dengan ceria dan gembira.

Berdoalah agar perjalanan serta segala aktiviti kita sepanjang program ini berjalan dengan lancar dan selamat.Moga keberkatan mengiringi kita..

Semoga juga ukhuwah yang erat akan terbina kukuh antara kita.

Selamat bertolak...dan selamat sampai..

Tuesday, May 26, 2009

Pokok Gharqad


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahu
di berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.




Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah desert-thorn, Christmas berry, wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.

Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok atad adalah sama dengan spesis Jujube.

Jika pokok Jujube ini adalah pokok Gharqad seperti yang disebutkan dalam hadith, kemungkinan pernyataan yang mengatakan Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad adalah benar. Dalam satu artikel yang dirujuk penulis, spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air. Pokok jujube juga ditanam dalam kawasan perumahan secara besar-besaran sebagai pokok hiasan.

Dibawah adalah antara gambar yang paling jelas menunjukkan pokok jujube ditanam secara meluas di Israel, gambar yang diambil dari laman web milik Yahudi ini menunjukkan keadaan taburan pokok ini di Bukit Golan.


Dari pembacaan literatur yang dibuat oleh penulis, pokok jujube, boxthorn, Christ’s thorn ataupun atad ini adalah pokok yang sama. Penulis tidak mahu membuat kesimpulan bahawa pokok-pokok ini adalah pokok Gharqad. Terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Wallahua'lam.

Monday, May 25, 2009

banner

Sunday, May 24, 2009

Jalankan TanggungJawab Antum

Manusia diutuskan Allah subhanahu wa taala ke dunia utk beribadah kepadaNya. Allah menciptakan manusia sebaik - baik kejadian. Allah Maha Mengetahui tiap2 kemampuan manusia itu. Allah menciptakan makhluknya berpasangan - pasangan dari manusia, binatang, tumbuh - tumbuhan, dan lain2. Allah menciptakan manusia itu dari pelbagai warna kulit, rupa, dan taraf . Allah menurunkan syariatNya melalui perantaraan Jibril a.s kepada RasulNya, sayyidul anbiya' al-mustofa Muhammad s.a.w. Syariat itu menjadi tanggungjawab ke atas setiap mukallaf hambaNya, yang ditaklifkan oleh Allah untuk turut di atas setiap syariatNya. Tidak kira lelaki atau perempuan, masing - masing telah ada bahagiannya masing - masing, Allah Maha Adil, tidak zalim terhadap hamba - hambaNya, Allah mengetahui akan setiap kemampuan hambaNya yang telah ditanggungjwbkan utk memikul syariat yang telah dipertanggungjwbkanNya.

Maka, adalah sepatutnya kita menerima tanggungjawab itu dengan senang hati, rela, tidak keluh kesah, tanpa pertikaian atau persoalan. Yang wajib itulah wajib dan yang haram itulah haram. Hukum - hakam Allah inilah yang menjadikan hidup ini bermatlamat bagi hamba - hambaNya yang berfikir. Wallahu'alam ~

Friday, May 22, 2009

Perkembangan Program Family Day ke Gebeng,Pahang

Assalamualaikum buat sahabat yang dirahmati Allah sekalian.

InsyaAllah,pada minggu hadapan iaitu pada 29 hingga 31 Mei,program yang bertempat di Agro Resort Semuji akan diadakan.

Sehubungan dengan itu,satu taklimat ringkas bersempena dengan Program ini akan diadakan Pada hari Selasa ini(selepas LSP)

Diharap semua dapat menghadirkan diri memandangkan banyak lagi perkara penting yang harus kita sama-sama tahu.

Kepada semua ajk yang terlibat(kita semua)sila jalankan tanggungjawab masing-masing..sila cari ketua anda secepat mungkin.

Beberapa perkara penting seperti tentatif program dan sebagainya akan diberitahu.

Baju sudah sampai dan insyaAllah minggu depan semua akan dapat.

Sekian itu sahaja.Wallahualam

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -