Thursday, May 28, 2009
Selamat Bertolak Ke Gebeng
Jalankan tugas masing-masing dan hadapilah hari esok dengan ceria dan gembira.
Berdoalah agar perjalanan serta segala aktiviti kita sepanjang program ini berjalan dengan lancar dan selamat.Moga keberkatan mengiringi kita..
Semoga juga ukhuwah yang erat akan terbina kukuh antara kita.
Selamat bertolak...dan selamat sampai..
Tuesday, May 26, 2009
Pokok Gharqad

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah desert-thorn, Christmas berry, wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.
Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok atad adalah sama dengan spesis Jujube.
Jika pokok Jujube ini adalah pokok Gharqad seperti yang disebutkan dalam hadith, kemungkinan pernyataan yang mengatakan Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad adalah benar. Dalam satu artikel yang dirujuk penulis, spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air. Pokok jujube juga ditanam dalam kawasan perumahan secara besar-besaran sebagai pokok hiasan.
Dibawah adalah antara gambar yang paling jelas menunjukkan pokok jujube ditanam secara meluas di Israel, gambar yang diambil dari laman web milik Yahudi ini menunjukkan keadaan taburan pokok ini di Bukit Golan.
Wallahua'lam.
Monday, May 25, 2009
Sunday, May 24, 2009
Jalankan TanggungJawab Antum
Maka, adalah sepatutnya kita menerima tanggungjawab itu dengan senang hati, rela, tidak keluh kesah, tanpa pertikaian atau persoalan. Yang wajib itulah wajib dan yang haram itulah haram. Hukum - hakam Allah inilah yang menjadikan hidup ini bermatlamat bagi hamba - hambaNya yang berfikir. Wallahu'alam ~
Friday, May 22, 2009
Perkembangan Program Family Day ke Gebeng,Pahang
InsyaAllah,pada minggu hadapan iaitu pada 29 hingga 31 Mei,program yang bertempat di Agro Resort Semuji akan diadakan.
Sehubungan dengan itu,satu taklimat ringkas bersempena dengan Program ini akan diadakan Pada hari Selasa ini(selepas LSP)
Diharap semua dapat menghadirkan diri memandangkan banyak lagi perkara penting yang harus kita sama-sama tahu.
Kepada semua ajk yang terlibat(kita semua)sila jalankan tanggungjawab masing-masing..sila cari ketua anda secepat mungkin.
Beberapa perkara penting seperti tentatif program dan sebagainya akan diberitahu.
Baju sudah sampai dan insyaAllah minggu depan semua akan dapat.
Sekian itu sahaja.Wallahualam
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
