Thursday, March 26, 2009

Visiting Kualiti Alam

LAWATAN KE KUALITI ALAM




















p/s:kepada sesiapa yang mempunyai gambar-gambar tambahan,bolehlah dipostkan ke blog ini.
^-^

Wednesday, March 25, 2009

Baju Ichemtech

LAst finale (season 2)

Anda boleh menjelaskan bayaran kepada bendahari yang dilantik sebelum 15 April 2009

Saturday, March 21, 2009

Thursday, March 19, 2009

Draf Aktiviti Program PLIPI

*akan diupdatekan seketika nanti*

sebarang cadangan sila kemukakan

Laporan mesyuarat ajk PLIPI

*program ke semuji ditetapkan pada 9 Mei hingga 10 Mei 2009

*setiap biro wajib menjalankan tanggungjawab masing-masing

*tentatif program akan dikeluarkan secepat mungkin

*sila serahkan wang yang secukupnya kepada saudari Aisyah

*ikhlaskan niat,maka semua kerja dapat dijalankan dengan sempurna,insyaAllah hari yang mendatang ini akan memberi kesan yang mendalam walaupun seketika.InsyaAllah..




Sunday, March 15, 2009

Ingat Mengingati Amalan Mulia

Usaha Yang Hak Tangga Kejayaan

" Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik. " (Surah AlAhzab:21

Kawan-kawan sekalian, aku menyeru pada diriku dan kawan- kawan, bertaqwalah kepada Allah dgn sebenar- taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu didalam keadaan Islam. Adalah cara hidup kita, menentukan cara mati kita(sakaratul maut), dan cara mati kita menentukan cara hidup kita di alam kubur, dan cara hidup kita di alam kubur menentukan cara kita dihisab, cara kita dihisab menentukan cara hidup kita yang selama-lamanya iaitu sama ada syurga atau neraka. Maka didunia lah perkiraannya.

" Dan bahawasanya manusia hanya akan peroleh apa yang diusahakannya " (Surah Al-Najm: walluhu'alam)

Berusahalah dengan apa yang kamu termampu, berlumba-lumbalah dlm berbuat kebajikan/amalan. Jadikanlah Rasulullah teladan ikutan yang baik utk dirimu. Angkatlah dirimu dengan menghidupkan sunnah Rasulullah. Jangan kamu katakan " Aku cintakan Rasullullah" sdg engkau tidak menghidupkan sunnahnya. Hendaklah kamu mendahulukan cintamu kpd Rasulullah melebihi kepada kedua ibubapamu, saudara2 mu, sahabat2 mu, dan org yg kamu cintai sekalipun.

Salahsatu sunnah Rasullullah :
" Tebarkanlah salam dan berilah makan.." -hadis-

Maka, sampaikanlah, sebarkanlah salam dan berilah makan kepada kawan2mu, saudara2mu, ibubapamu, dan lain- lain. Jika ada salah silap, teguran dan nasihat diharapkan.
Walluhu'alam

Thursday, March 12, 2009

Ahli Jawatan Kuasa PLIPI 2009

Pengarah :Mohd Imran Ab Aziz

Setiausaha :Muhammad Syahir bin Borhanudin

Bendahari :Siti Aisyah binti Md Razali

Unit Penginapan :Dzilal binti Amir
Suhairina binti Sulaiman

Unit pengisian Program :Erma Fatiha binti Muhammad
Nur Fatin Diana binti Che Husin
Nor Jannah binti Mohd Sebri
Nur Hashimah binti Shamsudin

Unit Peralatan dan Teknikal :Nurul Jannah binti Abdul Rahman
Nurul Athirah binti Amran
Wan Nor Farahiyah binti Wan Mohd Nor

Unit Perhubungan dan Pengangkutan :Abdul Qayum bin Musa
Nazratul Ain binti Mohamad

Unit Jamuan :Tengku Abdul Rahman bin Tengku Nawawi
Nurinniswah binti Muhajir
Nor Fasehah binti Md Ayob
Fatin Syafiqah binti Mustapah

Unit Keselamatan dan Tugas-tugas Khas :Nor Faizal Ilhami bin Abdul Rahim
Nur Zahirah binti Jamil
Muna A'liah binti Abdullah

Unit Dokumentasi :Nur Farah binti Azmi
Norain binti Yahya
Nur Zahirah binti Noordin

Unit Hamper dan Cnederamata :Muhammad Qadri Effendy bin Mubarak
Nurul Izzah binti Mansor

DETIK-DETIK SAKARATUL MAUT RASULULLAH SAW

ULUL ALBAB
(buletin mingguan i-chemtech)





Inilah bukti cinta yang sebenar-benarnya tentang cinta, yang telah dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit mulai menguning di ufuk timur, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.

Rasulullah dengan suara lemah memberikan khutbah terakhirnya, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.
“Siapakah itu wahai anakku?”“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah.
Fatimah menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut telah datang menghampiri. Rasulullah pun menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi, semua penjelasan Jibril itu tidak membuat Rasul lega, matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya.
“Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril lagi. “Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, sepeninggalanku?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril meyakinkan.
Detik-detik kian dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakitnya, sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh.

Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin dalam. Jibril pun memalingkan muka.
“Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril sambil terus berpaling.
Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii?” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.






Ya Rasulullah Ya Habibullah…
Dikaulah insan yang sempurna..
Insan yang sabar..

Ya Rasulullah..
Engkau kekasih Allah..
Engkau tinggalkan Al-Quran dan As-sunnah..
Buat ummatmu..

Ya Rasul ..
Maafkanlah daku krn seringkali melupakannmu...
Ya Rasulullah..
Ku amat merinduimu wlaupun kita x prnh bersua.
Wlau ku tahu ku insan yg byk melakukan dosa..
Ku insan yg lupa..

Ya Rasulullah..
Ku pohon pd Ilahi mga pd hari perhitungan kelak..
ku bisa mendpt syafaatmu..
Ameen...

Monday, March 9, 2009

Design tShirt ichemtecH






last finale designs (season one)





Perhatian kepada warga ichemtech design terbaru untuk tshirt mengalami sedikit pengubahsuaian





harap maklum..






bayaran boleh dilakukan kpd saudari aisyah






biasa RM16 harga asal RM28





luar biasa( labuh) RM23 harga asal RM35


copyrightreserved











































Wednesday, March 4, 2009

Hikmah Sabar Menghadapi Ujian dan Musibah



Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.



Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.

Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُErtinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Cciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُErtinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)



Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.



Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam
mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya
maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.” Dan
Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi
karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”



Dengan demikian, sabar dapat berarti konsekuen dan kosisten dalam
melaksanakan semua perintah Allah. Berani menghadapi kesulitan dan tabah
dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan
emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya,
maka sikap/sifat sabar akan tercipta.

Selanjutnya, sabar juga berarti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa
bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah
rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum
sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat
destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan
menerima begitu saja.

Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi
bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik,
tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala
dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.



Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada
makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga
dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan
hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap
sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki
hawa nafsu.

Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.



Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.

Wallahu ‘a’lam

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -